Gaya Lelaki Metroseksual

lelaki metroseksual

Pernahkah anda menghadiri majlis, parti atau makan malam yang dianjurkan rakan-rakan mahupun oleh syarikat tertentu? Tentu tetamu hadir dengan pelbagai gaya tersendiri. Dalam ramai-ramai mungkin ada seorang dua lelaki yang begitu bergaya dan penampilannya hebat. Mungkin dia seorang metroseksual. Anda mahu bergaya sepertinya? Jika mahu, anda pasti tampil lebih menarik dengan pakaian yang dikenakan, syaratnya ikuti panduan ini.

1. Grooming
Sebelum mengenakan pakaian, anda perlu melakukan grooming terlebih dahulu. Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Rambut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

2. Tekstur
Tekstur juga perlu diambil kira dan ia sangat penting. Jangan pilih fabrik yang menampakkan kualiti yang tidak bagus. Sebaliknya jika ingin memilih pakaian bertekstur, anda perlu memilih fabrik cashmere untuk sweater dan t-shirts, atau fabrik kapas berkualiti tinggi. Kemeja anda perlu kelihatan lembut dan potongannya bersesuaian dengan saiz tubuh anda.

3. Potongan
Lelaki metro amat mementingkan soal potongan setiap pakaian yang dipakai. Mengapa? Alasannya mereka mahu kelihatan sharp atau kemas. Bagi seorang profesional seperti anda, pilih sut berpotongan klasik yang bakal memberikan impak positif kepada orang lain terhadap anda. Untuk pakaian biasa, pilih t-shirt yang bersesuaian (tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat) serta jeans berkualiti.

4. Stail
Lelaki metro amat peka terhadap perkembangan fesyen terkini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan, rajin membelek majalah fesyen lelaki atau kunjungi butik-butik pakaian berjenama yang menyediakan ruang ‘stail’ atau pakaian yang digayakan pada patung. Dengan cara ini, anda pasti sentiasa berada di atas dengan semua trend fesyen terkini.

5. Pewangi
Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda. Minyak wangi paling sesuai untuk lelaki memiliki haruman sensual, oriental dan musky. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, pilih minyak wangi yang menyegarkan.

6. Aksesori
Untuk bergaya, anda juga perlu melengkapi stail anda dengan memakai beberapa aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Pilih sama ada berwarna perak atau emas. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Kemudian anda boleh memakai rantai yang sesuai dengan warna kulit. Gelang atau cincin sesuai jika perlu.

7. Kasut
Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia pelengkap kepada gaya dan sangat penting. Anda boleh pilih sama ada mengenakan kasut klasik atau trendy, apa yang penting ia kelihatan menarik dan sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sentiasa dikilat dan bersih. Jangan sesekali rosakkan penampilan dengan kasut yang tidak bersesuaian atau ‘buruk’.

8. Go Digital
Kebiasaanya lelaki metro mempunyai beberapa jenis barangan digital. Ini termasuklah telefon bimbit yang terkini, MacBook yang memuatkan software canggih serta iPod yang memuatkan video serta muzik kegemaran mereka.

9. Barangan kulit
Anda memerlukan sebuah beg kulit yang berkualiti untuk memuatkan barangan penting. Pilih beg yang berkualiti, tahan lama dan lasak yang boleh digunakan setiap hari. Pastikan beg kulit itu mempunyai ruang untuk meletakkan laptop kesayangan dan barangan lain.

10. Maintenance
Setelah anda menggayakan pakaian bersama, anda perlu mengekalkannya. Jangan hanya untuk acara tertentu sahaja. Kalau boleh tampil bergaya setiap hari. Selain itu, anda juga perlu melabur sedikit untuk produk penjagaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan manicure untuk jari jemari.

About these ads

2 thoughts on “Gaya Lelaki Metroseksual

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s